Friday 14 November 2014

Ami, Mior, Aku dan Omega 3


Masa saya kecik2 dulu zaman 80an setiap pagi Ami paksa saya dan adik saya Mior telan telo suku masok....geli geleman saya nk telan. Saya ingat telor separuh masok ghopenye telor suku masok sebab Ami rendam telo tu dalam ayo paneh je...dah la saya ni mmg tak makan telo kuning ..suroh pulok telan telo suku masok ..seksa nya....saya tanya la kat Ami "ngape bagi telo ni tiap2 pagi...along (panggilan saya di rumah) tak suke le...nak muntoh". Ami jawab mudah.com ... "Nak bagi kome bijok " ....huhuhuhu ...saya selalu mengelat...bila nengok line clean jer saya bagi telo tu kat Mior sebab dia slumber je telan... Dia mmg gemor telo suku masok tu....

Sampai hari ni saya mmg ingat lah menu sarapan sihat Ami tu... Bila di fikirkan balik ada sebab kenapa dia buat macam tu... Ghopenye telo ni ada mengandungi Omega 3 yang baik utk kesihatan dan otak. Ialah Ami kan Misi dia tau la khasiat makanan ni kan tapi anak dia yang sulong ni tak gemo telo kuning. Masa tu gamok nya tak da suplemen Omega 3 utk kanak2 kot utk bagi kat kami adik beradik. Ialah kami org kampung ...Guarduan tak kat Kuala Kangsar masa tu kikiki

Zaman telah berubah....la ni macam2 suplemen yang sesuai utk kanak2. Senang ibu bapa la ni ...pilih je suplemen yang bersesuaian tapi jangan salah pilih.... Pilih yang selamat, berkesan dan semulajadi tentulah Shaklee Omega Guard kannnn.... Kanak2 seawal 1 tahun boleh guna utk kesihatan dan  perkembangan otak. Mudah je... Pecahkan dan letak dalam susu... Omega Guard ni mempunyai kandungan Omega yang lebih baik. Tak payah nak paksa anak kita telan telo suku masok tu.... Sangat mudah.com dan sihat. Khasiat Omega Guard saya kongsikan disini http://cikinvivix.blogspot.com/2014/11/apa-ada-dengan-omega-guard.html

Anyway thanks to Ami sbb berusaha memberi yang terbaik utk kami adik beradik... Sekarang Ami juga pengguna setia Omega Guard ...kalanya elok dan lutut dia kurang sakit...syukur at kesat saya boleh balas balik apa yang telah di berikan saya selama ini... Bila tgk ibu bapa kita sihat kita pon jadi happy... Sebab itu saya memilih menyertai Shaklee utk supply suplemen utk famili saya di samping itu menimba ilmu tentang kesihatan. Boleh la share dengan family dan rakan2 semua...

Selamat ber Omega

Monday 10 November 2014

Hello pagi

Kebiasaan nya setiap pagi terutama weekdays bermacam2 perasaan yang tak best kita rasa.... Selalunya kita fikir malasnya nak pergi kerja.... Trafic jam ... Meetings dan mcm2 lagi lah...dilema ni mmg mengganggu mood kita di pagi2 hari dan semangat pon hilang... Ada beberapa tips nak saya kongsikan disini hasil daripada bahan bacaan utk mengembalikan semangat yang hilang itewww.... Chewahhhh


1. Berikan Cahaya
Cahaya adalah cara semulajadi utk memberitahu kita supaya bangun memulakan hari yang baru. Oleh itu sila pasang lampu sebaik saja kita terjaga dari tidur dan buka tingkap supaya cahaya matahari beserta udara segar masuk dalam bilik kita... Wahhh nyaman kan...utk lebih refresh amalkan supplemen seperti Alfalfa dan air kosong dari Get Clean Water Pitcher sejurus sahaja bangun pagi... 

2. Bangun dan Bergerak
Gerakkan pagi hari adalah salah satu cara terbaik utk mengembalikan semangat diri... Bagi orang Islam solat subuh dilihat salah satu gerakan paling mujarab utk menyegarkan tubuh sekali gus meningkatkan keyakinan diri. Kita juga boleh melakukan senaman ringan atau yoga. Selalunya bila bangun tidur kita rasa sengal2. Jadi apa kata sebelum tidur tu kita amalkan Ostematrix dan GLA utk tidur yang lebih lena dan bila bangun pagi rasa lebih segar....semangat pon datang secara otomatik

3.Sarapan Protein
Sarapan pagi yang kaya dengan protein menjadikan sel otak mampu bekerja dengan lebih kuat. Makanan yang dipenuhi dengan khasiat ini dipercayai berkesan utk melawan stress. Selalunya saya mengamalkan campuran ESP, Mealshakes, Oat dan chocolate sebagai sarapan. Mudah disediakan dan memberi saya tenaga sepanjang hari. Selepas sarapan saya mengamalkan Vitalea dan Bcomplex utk lebih cergas dan cerdas.  

4. Makan Tengah Malam
Elak perbuatan mengambil snek atau makanan sebelum hampir waktu tidur. Jika rasa lapar sangat amalkan makanan yang kurang 150 kalori ...paling selamat buah buahan atau minum air kosong secukupnya utk elak rasa lapar di tengah malam. Kebiasaanya saya mengamalkan Omega Guard selepas makan malam (before 8pm sebolehnya) utk rasa lebih kenyang dan membakar lemak.  Makanan yang terlalu berat akan menjadikan kita tidak bersemangat untuk bangun tidur. Rugi kan!!!

Dengan gaya hidup yg sihat dan disokong dengan suplemen yang bersesuaian boleh memberi semangat kepada kita utk lebih segar dan produktif.... Best kan... Selamat mencuba

Saturday 8 November 2014

Apa Ada Dengan OMEGA GUARD

Wahhh lama sudah saya menyepi....maklumlah kekadang tu BZ beno sampai terlupa nak update walaupon ada idea mencurah2 tapi bila tangguh2 idea pon hilanggg begitu saja ...kah kah kah..tu org tua2 kata buat keje jangan tangguh2...ni lah akibatnya....anyway hari ni dengan hati yang tenang dan lapang dada saya nak berkongsi tentang Omega Guard Shaklee.

Shaklee Omega Guard 

Pengalaman saya dengan Omega Guard

Sebelum saya mengamalkan Omega Guard ni saya mengalami masaalah sakit dibahagian ankle saya (cedera ketika main futsal)...dimana susah utuk saya duduk diantara dua sujud...selalunya saya tahan je sakit masa tu ..so agak mengganggu lah....selain daripada itu saya juga selalu batuk..dalam setahun tu ada lah 2 atau 3 kali dan batuk tu berpanjangan up to  3 bulan....ohh perit rasanya tekak saya ni ..Tuhan je yang tahu sampai mmg rasa sangat2 tidak selesa lah ketika naik bas (aircond kurang bersih) dan dalam pejabat...tambah2 tgh meeting ...orang dok berdiskas kita dok kong kang kong kang...ada samapai satu tahap saya terkencing2 lah dalam seluar....batuk punya pasal.....rupa2 nya saya ni allergic dengan habuk dan aircond yang tak bersih....bila jd mcm tu saluran pernafasan saya bengkak dan menghasilkan mukus kuman yang banyak sbb tu saya batuk2 ......panjang cerita batuk ni....sebelum amik Omega Guard jugak saya selalu kebas2 tangan especially ketika tidur dan tak boleh angkat benda berat sgt.....Kulit saya jugak kusam dan tona tidak sekata.....
Tetapi lepas saya menggunakan Omega Guard secara kosisten saya mendapati semua masaalah saya yang di atas tu dapat dia atasi dan dikawal dan saya telah pon buat checklist utk mengetahu hasilnya
1. Sakit Angkle - Hilang
2. Batuk - Bekurangan. Kalu batuk pon sehari dua je tak seteruk dulu....
3. Kebas Tangan - Berkurangan. Kalu kebas pon tak lah sampai rasa hilang tangan
4. Kulit - Tidak kusam dan nampak lebih berseri2 dari dulu.
5. Efek tambahan  yang saya sedar selepas guna Omega Guard ...kolestrol saya terkawal, tidak selalu demam..tahun ni saya sekali je demam so far even org keliling saya demam virus..Syukur saya masih lagi belom kene dan akhir sekali saya sedar minda saya lebih fokus ketika melakukan sesuatu,...dulu saya sangat la lemah cangak tapi lately ni saya rasa lebih cergas....

Tentang Omega Guard

Omega 3
Shaklee OmegaGuard ialah suplemen pemakanan yang mengandungi minyak ikan. Satu sajian OmegaGuardmembekalkan 1000mg asid lemak omega 3 termasuk DHA dan EPA.


Sumber Omega 3


Sumber EPA dan DHA yang terbaik adalah dari haiwan seperti ikan berbanding tumbuh-tumbuhan yang sukar ditukarkan oleh enzim tubuh. Tahap enzim tubuh yang bagus dapat memproses kesemua EPA, DHA, ALA dan lain-lain yang lagi yang terkandung dalam Omega 3 dengan maksima. 

Jadi amat penting pastikan tubuh dalam keadaan sihat supaya kesemua zat dan nutrien dari makanan dapat diserap dengan baik

DHA dan EPA perlu diperoleh melalui pemakanan dan perlu dalam diet harian kita untuk membantu memastikan tahap kesihatan badan kita tahap yang optimum. 

Kelebihan Omega Guard Shaklee

Kelebihan Omega Guard Shaklee


Omega Guard Shaklee di perbuat daripada minyak ikan tulen yang melalui pelbagai peringkat proses penyulingan yang teperinci bagi ;
1. Membuang plumbum, merkuri, arsenik, kadmium, dioksin, PCBs dan lain2 bahan pencemaran. 
2. Mengurangkan oksidasi dan pembentukkan lemak trans
3. Mengurangkan bau dan rasa hanyir ikan

Sangat berbeza daripada produk omega 3 di pasaran kerana Omega Guard Shaklee merupakan satu- satunya minyak ikan omega 3 paling tulen, lengkap dengan 7 jenis asid lemak omega 3 yang semulajadi termasuk EPA, DHA dan ALA

Satu Kapsul Omega Guard Shaklee membekalkan 905mg asid lemak omega 3, EPA dan DHA yang diekstrak daripada ikan air laut sejuk (ikan sardin, ikan bilis, ikan kembung dan ikan herring) diperairan negara Jepun. Ianya tidak diambil dari minyak hati ikan. Ketumpatan Omega Guard juga adalah 3x  ganda berbanding ketumpatan minyak hati ikan

Kebaikan Omega Guard Shaklee



1. Merendahkan kolestrol dan mengurangkan risiko penyakit jantung
2. Mencegah pembekuan darah dalam badan, mencegah salur darah dari tersumbat dan mengelakkan strok
3. Mengekalkan tekanan normal darah dan mengurangkan ketegangan urat leher serta sakit kepala
4. Membakar lemak dengan cepat dan meningkatkan hormon Leptine yang mengawal selera makan (cepat kenyang dan kurang nafsu makan) memberi kesan hebat dalam proses pelangsingan badan
5. Meningkatkan sistem imun tubuh
6.Mengurangkan demam hay, bronkitis, penyakit lelah, hepatitis, SLE (lupus erythematosus)
7. Omega 3 juga boleh memperbaiki masalah alahan kulit seperti ekzema psoriasis
8. Memelihara fungsi-fungsi sendi, mengatasi kebas-kebas dan lenguh-lenguh badan
10. Melicinkan kulit dan kelihatan lebih segar. 
11. Membantu menyihatkan paru-paru dan memelihara buah pinggang
12. Membantu mengurangkan ketegangan urat leher dan sakit kepala
13. Membantu dalam perkembangan dan kecergasan minda.
14. Mengimbangi perubahan Hormon PMS wanita
15. Membantu dalam pencegahan kanser. 

Siapa yang perlukan Omega

1. Warga emas - untuk meningkatkan tahap kesihatan dan membekalkan nutrisi yang diperlukan.  
2. Pesakit Jantung - mengawal kolestrol dan memlihara daripada serangan stroke
3. Wanita yang telah melahirkan anak - untuk imunisasi dan 
4. Pesakit darah tinggi - mengawal tekanan darah
5. Orang yang selalu lupa - membantu dalam kesihatan otak 
6. Kanak-kanak berusia 1 tahun dan ke atas - membantu meningkatkan imunisasi dan perkembangan otak
7. Pelajar - membantu dalam kecergasan otak dan lebih fokus dalam proses pembelajaran
.8. Ibu menyusu - Membantu memberi nutrisi yang diperlukan kepada ibu dan bayi
9. Ibu hamil (trimester 2 ke atas).- membantu perkembangan otak janin
10. Mereka yang mahu sihat - untuk meningkatkan tahap kesihatan 
11. Mereka yang mahu kuruskan badan dengan cara yang sihat - membakar lemak dan lebih terasa kenyang. 

Cara Pengambilan

1. Dewasa 
* 3 biji sehari selepas makan

2. Kanak2 (seawal 1 Tahun)
* 1 biji sehari
* Pecahkan letak kan di dalam susu atau makanan

Cara Penyimpanan

Omega Guard simpan di suhu yang rendah untuk mengekalkan khasiatnya dan letak dalam Chiller. 

Dapatkan Omega Guard di sini

1. PM di Facebook saya 
2. Whatsapp saya di 016-2493814
3. Beli secara online di sini








Friday 24 October 2014

Happy Life

Happy…keyword yang boleh mempengaruhi life kita
We happy because we stay healthy, positive and wealthy…
Healthy – lifestyle yang sihat boleh di wujudkan jika kita bena2 mahu bdan kita sihat. Selain daripada mengambil makanan yang sihat dan bersenam kita juga perlu mengambil suplemen untuk menyokong tubuh badan kita mendapat nutrisi yang diperlukan. Bila nutrisi dah lengkap barulah sistem imunisasi bdan kita menjadi lebih bagus dan dapat mencegah dari penyakit…ingat mencegah adalah lebih baik daripada mengubati nya..lagi satu SUPLEMEN bukan UBAT..ia nya adalah pelengkap \ nutrisi yang diperlukan badan. 
Positive – Bila badan sihat..fikiran kita akan lebih positif. Sentiasa positif akan membawa kita kejalan kebahagiaan. Rasa lebih tenang dan bersedia untuk sebarang rintangan. Untuk postifkan diri kita juga perlu mengamalkan pemakanan rohani seperti solat, berzikir dan membaca Al Quran bagi org Islam…agam lain juga mempunyai cara tersendiri untuk santapan rohani
Happy – Siapa tak nak bahagia kan dan merupakan satu ultimate goal utk setiap org di dunia ini…bila bahagia semuanya akan jadi indah dan mudah…segalanya akan mudah di capai kerana perasaan happy sebenarnya IKHLAS….jadi bila IKHLAS, apa yang kita lakukan akan membuah kan hasil yang baik…
Semuanya ini boleh di perolehi ketika saya menyertai Shaklee….sejak itu saya nampak hala tuju saya …yang paling penting saya tahu bagaimana utk HAPPY dengan mengamalkan healthy life style dan positive kan diri….Terima kasih kepada Shaklee kerana membuka minda saya dan mentor saya tidak putus asa memberi sokongan
Insya Allah saya akan terus berjuang utk kebaikan diri saya dan org sekeliling saya…..
Because I’m happy
Clap along if you feel like a room without a roof
Because I’m happy
Clap along if you feel like happiness is the truth
Because I’m happy
Clap along if you know what happiness is to you
Because I’m happy
Clap along if you feel like that’s what you wanna do

Sunday 12 October 2014

Yummy Healthy Mealshakes





Nak kongsi pasal Mealshakes ,,multivitamin dalam bentuk minuman yang lazat, berkhasiat serta mudah disediakan, baunya sangat wangi (Vanilla French), rasanya sangat lazat! dan menjadi kegemaran sesi keluarga …kenapa yek?
• Sarapan segera yang berkhasiat
• Lazat, sarapan segera yang mampu dibeli
• Hidangan segera yang rendah lemak dan rendah-glycemic
• Kudapan menarik pada bila-bila masa
• Hidangan yang ideal, rendah kolestrol, lemak dan sodium
• Mengandungi 19 Vitamin utama dan mineral tambahan
• Sesuai sebagai makanan tambahan utk bayi, kanak kanak,pelajar, ibu mengandung, orang sakit, orang sibuk, vegetarian dan para atlet
Meal Shakes Shaklee merupakan sumber protein dengan vitamin dan mineral tambahan. Ia menyediakan jumlah yang seimbang bagi setiap sembilan asid amino yang diperlukan oleh tubuh untuk tumbesaran dan perlindungan yang baik. Dan lagi, Meal Shakes Shaklee mengandungi semua asid amino asli yang terdapat di dalam protein termasuk yang asid amino perlu dan juga tidak perlu.
Kelebihan Mealshakes
1. Membekalkan nutrisi yang lengkap yang mengandungi 24 jenis vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh badan sebab itu ia dikenali sebagai Multivitamin tetapi dalam bentuk minuman segera
2. Membekal Nutrisi kepada sel tubuh dimana mealshakes kaya dengan protein tidak mengandungi laktosa, membantu pembinaan sel sel kulit, kuku, rambut, organ, darah dan imunisasi.
3. Membantu tumbesaran kerana mengandungi asid folik, biotin, kalsium dan magnesium yang diperlukan utk tulang dan sel sel tumbesaran.
4. Mengandungi vitamin A,C, E, Zink, Salenium yang merupakan agen anti oksida yang melambatkan proses penuaan dan melawan jangkitan.
5. Mengandungi vitamin B yang lengkap zat besi dan copper yang cukup untuk membna sel sel darah merah yang sehat untuk menjadikan kompleks kulit wajah lebih cantik dan berseri
6. Kaya dengan serat larut membantu membuang lemak yang berlebihan serta membantu proses penghadaman dengan lebih sempurna
7. Memberi tenaga secara segera.
Kebaikan mealshake untuk kanak-kanak yang ibu patut tahu adalah:
1. Kurangkan Ekzema
2. Untuk Tumbesaran
3. Untuk Perkembangan Minda
4. Untuk Tingkatkan Selera Makan anak
5. Untuk Anak yang dah berhenti susu ibu
6. Untuk Anak kekal aktif
7. Sebagai perlindungan jangkitan penyakit kepada anak-anak
8. Meningkatkan berat badan anak
9. Membantu anak fokus
10. Membantu kurangkan kekerapan asthma
11. Mengatasi masalah sembelit pada anak
12. Supplement yang sesuai untuk anak yang menghadapi masalah diabetes tahap 1
13. Membantu menurunkan berat badan anak yang obesiti
14. Ambil semasa sarapan meningkatkan kecergasan seawal pagi
15. Supplement yang sangat mudah disediakan, boleh dicampurkan ke dalam bijirin atau susu
Cara Pengambilan Mealshakes
1. Orang dewasa dan kanak2 umur 7 tahun ke atas
2 sudu besar
2. Kanak2 1 hingga ke 6 tahun
1 sudu besar
Boleh dibancuh dengan minuman kegemaran seperti susu coklat, yougurt, milo, horlick, jus buah dan susu strawberry. Selain daripada itu boleh dicampur dengan bahan lain seperti oat, cereal, nestum, madu dan juga buah-buahan
Wahh banyak kelebihan dan kebaikan Mealshakes ni….setiap rumah mesti ada minuman yang hebat ini…pasti menjadi snek kegemaran sesi keluarga…..
Untuk tempahan boleh PM atau Whatsapp saya
Layanan mesra dan khidmat nasihat secara istimewa akan di berikan….first classs
SID : 922453
HP : 0162493814
Sila klik disini utk pembelian secara online 

Friday 20 June 2014

Jadi Hebat di Outward Bound Lumut

Pangkor 
Whaler


OBS Classic
Kome pernoh tak dengo Outward Bound School kat Lumut (OBL)…..haaaa ni nak cerita pengalaman saya team building di sana….suka duka tapi akhirnya puas….moh kita
OBS Hall

OBS Batch








Hari Pertama 10 June 2014
Pagi tu breakfast minum ESP Shaklee dengan oat..konon nak bagi tenaga lah…tapi mmg ye pon sejak ada ESP ni tak yah susah2 nak prepare breakfast….bancuh siap2 ..letak dalam peti ais…esok pagi minummm …besttttt..sgt energetic dan tak gaduh nak lapo..kita orang nail bas ..bertolak pukul 10.30….dalam bas tu tgk citer Rambo…tu dia ganas aihhh…berkecai kepala otak org kene senapang pisau bagai..darah je…ngeri aihhh….saya pening terus tido….sampai kat OBL kami di berikan sedikit taklimat mengenai OBL….OBL di Lumut ni merupakan Outward Bound School keda di dunia selepas England…chewahhhh hebat kan…ia di tubuhkan pada tahun 1954 untuk melatih anak muda dalam latihan ala ketenteraan bagi membina kekuatan mental dan problem solving skills…haaa itu lah sebabnya kami ni budak2 IT di hantar ke sini sebab nak jadi kan kami staff yang mental nya kuat dan tinggi problem solving skill hehehehe. Lepas briefing HP, IC dan wallet/purse di simpan oleh instructor….kumpulan saya Chamah…dan ada dua lagi kumpulan lain iaitu Chabang dan Bintang….yang paling bestnya saya satu kumpulan dengan Director saya Puan Mas…huhuhu..so kami je pompuannye yg lain lelaki okehhhh…so bermulalah kami sebagai bounder tanpa komunikasi dan duit huhuhuhuhu….Malam tu kami dinner di dining hall…hmm makan dalam tray dan kene tunggu kawan2 yg lain…teringat zaman dok hostel….lepas makan kami berkumpul jumpa instructor masing2….berkenalan dan sedikit taklimat aktiviti esok nyer…..malam tu tido dalam kepanasan dan ketakutan…maklumle tempat baru susah nak lena…Telan Ostematrix, Omega Guard, Vit C dan ubat darah tinggi…zappp tidurrr
Hari Kedua 11 June 2014
Seawal 6.30 pagi kami berkumpul di padang….nyanyi lagu negara ku ..lepas tu bersenam…buat bulatan hihihi..mcm zaman sekoloh…rasa mude balik heheheheh….lepas tu kami main game …best2…..lepas tu breakfast…..makan telo and mee goreng…brppp kenyang…lepas tu amik Vitalea dan B complex utk bekalkan tenaga…nak bawak ESP payah kan…so ni lah suplemen bentuk kapsul yg elok utk tenaga selain dari ESP…..kami pon memulakan kelas mengenai whaler la….dari mengenali semua komponen2 whaler dan belajar mendayung serta mengendali whaler …jangan tak tau dia ada mcm steren boleh kemudi hihihihi….fuhhh penat…..tapi kami sempat la mandi laut dengan safety jacket…which is kaki tak cecah dasar..dalam tuhhh nasib baik ada safety jacket…..malam tu lepas dinner kami berkumpul utk briefing preparation perlayaran kami….huh mcm jauh je …tapi is okay lah …we need to achieve whatever it is…this is our goal hehehehe…to be GREAT
Hari Ketiga 12 June 2014
Ahh tiba masanya utk perlayaran..but before that saya kene check HBP saya…syukur…normal…so boleh pegi….yahooo..tapi dalam hati ketaq…sebelom berlayar kami baca doa ….mula2 tu saya mendayung lah…lepas sejam tu tukar la dengan org lain…..huhuhu nak seberang laut dalam ni wehhh..siap lalu tepi kapal beso…kapal beso ada enjin kami pakai tangan je hihihi…check point pertama kami ialah dekat rumah Api Tanjung Terengganu…kami first grup yg sampai cek point tu….lepas je situ matahari pon mula terik aduhaiiii…mula lah rasa nak terbako kulit…nasib baik pakai Sun Block 130 SPF….dayung dayung …ada yang dah penat..kami bertukar2….sampai satu tahap grup Bintang nak potong kami…kami ni smeua semangat..sbb Puan Mas mmg kental dia bagi kami semangat…kami siap menyanyi lagu kompeni kami…tu dia mcm tak da apa2…pada hal semua dah lembik..yang muntah usah cerita laaa….tp sebab ada semangat bersaing kami mendayung sampai la kumpulan bintang jauh dr pandangan…dengan panas terik…ombak kuat…melawan arus…fuhhh penattt….saya ni mmg tk larat dah…minum air berbotol2..tahan kencing bagai..makan pon tak…makan epal je…takut muntah sbb mmg pening….sampai lah satu tempat diamana instructor inform tak perlu mendayung….sebab ikut arus dan angin…fuh legaaaa…..tapi kami pelik kenapa grup Bintang tu tak nampak2 lagi…..grup Chabang soh cerita la mmg hilangg terus dr pandangan….so kami pon relax sampai la kami nak sampai di kem site….sampai je kat kem site kami pon pasang khemah bagai…masa tu rasa nak pengsan la..betapa penatnya kami 7 jam perjalanan….tanpa enjin ..dayung sampai pening….di kem site kami masak sardin dan nasi…punya lah banyak lalat…nak ngaga mulut suap makan pon takot…..nanti lalat masuk nayaaaa….lepas makan kami sembahnyang jemaah maghrib dan isyak sama2..wahh bestttt…malam tu sembang2 dengan istructor..citer hantu bagai sambil minum teh….lepas u rasa nak terkencing…terpaksa ajak Puan Mas temann adoiii malunya…dah la dia tolong ambik kan air telaga tu sebab aku mana tahu hihihi….malam tu banyak nyamuk dan panas…tak sabar nak tunggu esok pagi nak balik ke OBL….
Hari Keempat (akhir) 13 June 2014
Bangun pagi cuci muka je solat subuh jemaah….huhuhu siap2 packing balik ke OBL naik whaler…kali ni kami decide tak nak berlumba…kami nak berlayar dengan penuh relax..ala2 org kaya bak kata Puan Mas hihihi…..masa ni kami bukak mcm2 cerita ..best sembang2 dalam whaler sambil mendayung….hihi tapi yang lawak nye ada org nak buang air besor…apa lagi buang ke laut ler hhihihih…..pengalaman yg tidak dapat dilupakan…tuagas saya dr awal ialah sengetkan whaler….sebab bila sengetkan whaler …laju sikit jalan nye…tapi ada yg cuak sebab takut terbalik hihihi…..anyway whaler susah terbalik…..kami pon sampai ke OBL dalam pukul 9.30…perjalanan kami lebih kurang 2 jam hehehehe tak mcm semalam 7 jam sebab kami round pulau pangkor…kali ni perjalanan kami pendek je….sampai OBL mmg lega…bila tengok balik pulau tu…mmg jauhhhh kami berlayar…tak sangka kami berjaya buat…no 1 pulak tu..bangga dengan pencapian sendiri….lepas kemas2 semua …sebelom balik kami di beri sijil dan batch…wahhh now we are ex bounder…hebatttt
Saya rasa sangat berterima kasih dengan organizer dan managment kerana memberi peluang pada kami utk meneroka sesuatu yang tak pernah terfikir nak buat…bak kata org kalau nak berjaya usaha perlu ada….apa yg saya pelajari ialah;
1. Percaya kepada kemampuan diri sendiri
2. Fokus kepada target
3. Mental yang kuat dan kesbaran membantu utk mencapai kejayaan
4. Team work yang baik membawa kejayaan. Kerjasama dan saling bantu membantu
5. Motivasi diri
Balik rumah mcm biasa agak penat…tapi sangat puas…..bdan pon tak berapa sakit2 sgt sebab saya mengamalkan Ostematrix dan Omega Guard….Vitalea dan Bcomplex juga membantu memberi tenaga dan kecergasan sepanjang perjalanan saya…fuhh besttt tapi kalu soh pegi sekali lagi tak pe la…jadi lah sekali…HEBATTTT

Monday 9 June 2014

Diari cuti cuti kampung


Sawah Padi


Lauk Kampung


Buah Hati
Ohhhh balik kampung…..(mood lagu Sudirman)…..tanggal 4 June 2014 ..saya balik kampung bersama dengan family tersayang..Ami, Abah, Kakak (adik saya tapi saje panggey dia kakak sbb nak feel mude hehehehe) dan dua buah hati ku Aina & Aaron (anak “kakak”). Jaun kami travel dari KL ke Kangaq…..tgh malam baru sampe sebab bertolak dari KL lepas zuhur….pastu menyinggah maklum le bawok bidaok tecik tu…Aaron baru 1 bulan lebih dah jalan jauh…nak wat camne sian kakak tu..pantang sorang2..suaminya outstation…so angkut le ke kg..bole Ami dan Abah jenguk2.  Sampe je umah kami ni mengholoh le ..esok ada agenda lain nak buat salah satu g padang beso hehehehe….
5 June 2014….abah beli nasi lemok ikan masin….maneh sambe nye tapi telan je le….walaupon dok perlis tekok kami masih peghok lagi….pukoi 3 ada appointment nak g mengurut….ikhtiar le kot2 mahu melekat..Insya Allah….lepas breakfast reha pastu siap2 nak g mengurut……angkut semuanye termasuk le org dalam pantang tu…ni moden style tak de le terperap kat ghomoh pake bedok sejuk…Ami ni tak le tradisional beno..ikut dan je sebab kakak dah amik suplemen SHaklee heheheh….tu susu dia banyok…sampe anok dia tak jemu2 nak menyusu….lahir 2.9 kilo je..baru sebulan lebih dah naik 4,5kilo..terkezut baba dia anok nye membeso bagai johan….untung ambik Set Pantang Shaklee ni..mak sihat anak pon sihat…sedapp lagi berkhasiat susunye…sampe je umah Mak Long (bidan urut) terus dia cek kedudukan rahim saya…katenye rahim saya udoh ke kanan…tu yang tak boleh beranok..mmg ye pon bile dia tekan beloh kanan rasa sakit…tu dia cakap kalu mcm ni perut akan jadi sebu…betoi3…tu saya selalu kembong perut…miyak yuyi tak pernah miss ler..pastu selalu ambikpeppermint gingerplus baru lege perut..boleh juge di hancurkan di jadikan teh…sedap lagi segor….Mak Long pon urut betoikan kedudukan rahim tu….lepas tu urut belakang…..esok pagivkena dtg lagi bawak 2 botoi ayo ..satu minum satu nak sapu perut…..kene urut 3 hari berturut2….lepas tu terus Ami ajok g pandang beso…dengan badan berminyok2 ni pegi je le..kakak pon ikut je..dia mmg gemo berjalan…anak2 dia pon dah biasa termasuk si tecik Aaron dah pande juge..tido je dalam kete..nangeh bile lapo je..suap je susu diam le die…sampe je padang beso saya pon cari le track suit beso hihihi nak bawok pegi team building…hahaha ade le selei..jadi le itu pon rm40 ..junama adibah hehehe adidas tiruan….lepeh tu cari baju le…satu family beli..kami beli lebih 15 helai baru rm300 hehehe moghoh…semua dapat dari cucu sampe ke Atok pon dapat….balik ghomoh semua muke penat tapi syok dapat baju…Aina dapat tiko ajaib tempat dia buat acrobatic ….syok le die…malam tu budak tecik Aaron tu tak leh tido..sikit2 nangeh sampe pukoi 5pg..sian mommy dia….kene kaco gamoknye..hantu padang beso ngikut kate Tok Ma die
6 June 2014 ..pagi2 dengan mate ngantuk pegi umah Mak Long mengurut…sebelom tu singgah beli air mineral utuk ubat….abah pagi2 dah basuh botoi Clorox ok..nak bagi saya isi ayo mesjid…utuk sapu perut..katenye dah basuh bersih..ambik je le dia dah usaha tu..putih le perut saya nanti….dah kene sise clorox…sampe umah Mak Long..mcm biasa londeh semua baju mengurut balik…tangan pon terseliuh ni..katanya sendi tangan saya dah lari…mana tak nye suke tindih tgn waktu tido…lepas tu tulang belakang pon lari sikit…patut le suke sakit belakang….tapi tulang belakang tu dia betoi esok….ok le tu..Mak Long ni bukan je betoikan rahim tapi tulang pon dia tolong adjust..baguihhh…yg bestnya dia urut tak sakit..best je….lepas urut Mak Long jampi ayo…katanya pantang tak le makan benda bisa mcm air tebu, limau nipis, nenas dan air tin…huhuhu semua tu kegemaran..tapi kene le pantang sebelom pregnant…kita ni tradisional pon buat moden pon amal…selain dari set subur Shaklee..ini adalah salah satu ikhtiar..tak salahkan asalkan tak terpesong atau syirik….Mak Long pesan baca selawat 7 kali, ayat seribu dinar dan surah Yunus…Insya Allah ada lah hasilnya…Okay Mak Long….balik ghumah mandi ayo inai ..segar tau…boleh di amalkan selalu….si rumah melayan si tecik2 ku …syok nye dapat sepnd masa dengan deme..even bukan anak sendiri tapi kasih sayang tu dah mcm anak sendiri..sian saya tak de anak tumpang kasih kat anak org….malam tu abah prepare dinner…Laksa dan pulut durian…yummy sedappp bangat…..malam tu Aaron lena tidur….legaaaa
7 June 2014 macam biasa pegi umah Mak Long utk kali terakhir….masa mengurut tu mcm2 la Mak Long celoteh…tapi satu cerita ni mmg best la pasal org kampung dia kene gelek steamroll ….kesian dengo nye…nak hanto anak ke sekolah kene gelek..terkeluo peranakan nye..tapi kuasa Allah dia hidup sampai la ni..cume tak leh mengandung….tapi 2 bulan menderita le dia kat hospital…tu lah Ajal Maut tangan Allah..even kene gelek pon masih idup Masya Allah….sebelom balik tu Mak Long tanya Ami (ibu saya) tu keje lagi ke..saya cakap nak pencen dah umur dia dah 60 tahun..Mak Long cakap Ami tu nampak muda…hehehe Ami saya ni mmg ler nampak muda sebab dari dulu dia amalkan suplemen dan makan ulam…sebelom saya introduce Shaklee dia makan suplemen EPO , royal jelly, multivitamin, vit c dari jenama lain…tapi lepas saya introduce suplemen Shaklee dia suke GLA dan Vitalea…dua ni dah cukup utk dia…..tu yang awet muda….hehehe…untung makan suplemen terutamanya utk org yang berkarier mcm Ami saya…tak da masa nak sukat makan kikikiki..nak selamat telan ulam setiap kali makan….balik dari umah Mak Long saya mandi inai lagi fuhh best….pastu kami sekeluarga gi Aloq Setaq na g beli barang kat Tesco….mcm biasa org pantang dan budak tecik 2 tu pon ikut….on dway ke sana kami singgah makan kat kedai D C nee gulai kawah…banyak lauk nye..sume masakan kampung….kami amik mcm2 ..salah satunya rendang ruse…nyum2 sedap..mule berangan raye ni nak buat rendang ruse…agak terkejut tak la mahal makanannya…berbaloi dengan apa kami ambik…lepas tu sambung perjalanan g Tesco….hihihi best jalan2 ngan family ni..bukan senang nak dapat mcm ni….malam tu abah beli dinner kat kedai beratur perlis…hmmm masakannnya manis…tak kene dengan tekak saya…tapi limpa masak hitam dia boleh la tahan….malam tu adik saya no 2 balik…sia Aina tu berangan nak tidur ngan Uncle Meow…tapi malam2 cari mommy dia juge hehehe…dia baik ada makna..nak tuntut kat Uncle Meow teman dia main kat play ground sebab semalam dia kene tipu dengan mommy dan ibu (saya) die  hehehehe…sebenonye kami malas nak keluo…mula2 bagi alasan panas…lepas tu dia tanya kami cakap ada asap..lepas tu dia tanya kata gelap pulok…last2 Aina sond kami..Nape tak panggil Aina main play ground..tipu je…..heheheh sian Aina
7 June 2014…siap2 lah nak balik..kampoi semua baju ..pagi2 makan nasi kerabu..sedapppp…..tghari abah masak mcm2 utk lunch ….ada gulai lemak paku, sup tulang, ulam, sambal belacan, ayaq asam, udang goreng, keli goreng, ikan masin goreng dan ayer oren….fuhhhh terbaik..kene dengan tekok peghok kami ni….tu Ami dan Abah tak sabor nak balik peghok..deme dah packing dah nak pindoh once Ami pencen 21 June ni…hehehe gile proactive….cume nak makan tak cukup pinggan sebab Abah dah packing..saya nak cari sleeping bag nak bawak team building pon tak dapat…dah dibungkuih nye…..Oh sayu nya nak balik malam ni….teringat kat budak tecik ni…selalu tido dengan deme…alahaiii sob sob….ptg tu kami pon bertolak le ke Aloq Setaq..mcm biasa angkut semuanya…Aina excited sebab uncle meow ade….saya nak balik pon dia tak peduli hihihi…..samapai je airport dapat sms flight delay..aduhai…apa lagi beli majalah baca le kat sane…..mcm2 tips kesihatan dan lifestyle dapat..nanti saya share…anyway tak puas spend masa dengan family…tapi sangat bermakna walau masa singkat..tak sabar nak balik  raya nak kumpul adik beradik….family kami ni tak la kaya…hidup sederhana tapi kami bahagia…cuti dengan family adalah cuti yang paling best ….thanks semua ..Along happy….rindu kat Aina&Aaron